Bermula daripada bencana banjir besar pada tahun 2014, gerakan “The 3rd Force” lahir dengan satu tujuan yang cukup besar – mengajak kita semua menjadi insan yang lebih baik, lebih peka, dan lebih prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Dari langkah kecil di saat musibah, gerakan ini terus berkembang, mendapat sokongan masyarakat, dan kini melangkah lebih jauh di bawah naungan Yayasan Raja Shamri.
Di sebalik perjalanan ini, kami menyaksikan satu hakikat yang menyentuh hati – masih ramai golongan asnaf yang jarang, malah ada yang tidak pernah merasai daging segar, terutama ketika tibanya musim Qurban.
Atas keprihatinan inilah, kami mengambil inisiatif untuk menguruskan ibadah Qurban setiap tahun, agar mereka juga dapat merasai nikmat rezeki, kegembiraan, dan keberkatan yang sama seperti kita.
Setiap sumbangan anda bukan sekadar ibadah, tetapi juga hadiah kegembiraan buat mereka yang menanti.
Ayuh, sertai kami dalam usaha murni ini. Bersama kita sebarkan kasih sayang, ringankan beban, dan cipta senyuman tanpa sempadan.